Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cendawan maut ditemui di Australia

    SYDNEY, 2019 – Salah satu tumbuhan paling berbahaya di dunia telah ditemui di utara Australia buat kali pertama, ribuan kilometer daripada habitat asalnya di kawasan pergunungan Jepun dan Korea.

    Ahli mikologi, Universiti James Cook, Matt Barrett ketika mengumumkannya berkata, kulat Poison Fire Coral ditemui jurugambar tempatan di pinggir bandar Cairns, yang kemudiannya disahkan oleh sekumpulan saintis.

    Barrett yang mengesahkan identiti cendawan bertoksik yang ditemui di Australia itu berkata, penemuan berkenaan memperluaskan lagi penyebarannya secara ketara.

    Poison Fire Coral adalah satu-satunya cendawan yang diketahui mengandungi toksik dan mampu diserap menerusi kulit, menyebabkan pelbagai gejala sekiranya dimakan termasuk muntah, cirit-birit, demam dan kebas. Jika tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan kegagalan pelbagai organ dan kerosakan otak hingga menyebabkan kematian.

    “Hakikat kami boleh menemui kulat yang penting kepada perubatan di belakang rumah dan kami banyak belajar tentang kulat ini di Australia Utara,” kata Barrett.

    Ray Palmer, seorang penggemar kulat yang menemui spesimen itu memberitahu AFP bahawa dia telah menghabiskan 10 tahun yang lalu mengambil gambar pelbagai kulat di hutan hujan di sekeliling bandar kelahirannya di Cairns.

    “Ia tidak mengejutkan kerana saya telah menemui beberapa benda selama ini. Ada beberapa (banyak) benda yang dijumpai dan ia mungkin akan dijumpai pada tahun-tahun mendatang.”

    Beberapa orang dilaporkan maut di Jepun dan Korea selepas tersilap mengambil kulat berwarna merah terang sebagai cendawan yang boleh dimakan, yang sering digunakan dalam perubatan tradisional lalu direbus untuk dijadikan teh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda