Monday, November 4, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cendawan raksasa ditemui di China

    KUNMING, 6 Ogos – Sebuah cendawan gergasi telah ditemui di barat daya wilayah Yunnan China, kata pihak berkuasa hari ini.

    Cendawan itu dijumpai di Taman Negara Pu’er Sun-River di Pu’er City. Ia mempunyai lilitan sepanjang 1.8 meter dan berat 8 kilogram, menurut kakitangan di taman itu.

    “Separuh daripadanya ditutupi oleh daun dan separuh lagi berada di udara,” kata seorang kakitangan. “Ia mempunyai lapisan yang berbeza, dan kelihatan berwarna coklat dan mempunyai banyak kedut.”

    Cendawan tersebut merupakan cendawan terbesar yang pernah ditemui di rantau ini. Ahli miologi mengatakan bahawa ia tidak boleh dimakan.

    “Saya telah tinggal di sini selama lebih daripada 40 tahun, tetapi saya tidak pernah melihat apa-apa seperti ini sebelum ini!” Kata seorang penduduk setempat.

    Taman ini terletak di kawasan peralihan zon tropika dan zon subtropika yang dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan dan hidupan liar. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda