Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Cenderamata kenang-kenangan majlis pertabalan Charles III

    STOKE-ON-TRENT, ENGLAND, 31 MAC – Dengan tinggal lima minggu sebelum upacara pertabalan Raja Charles III, pengeluar British tembikar sedang sibuk mengeluarkan pinggan dan koleh kenang-kenangan ‘God Save the King’ untuk acara bersejarah itu.

    Pekerja mahir di kilang Duchess China di tengah bandar England, Stoke-on-Trent melukis tepi emas cawan teh dan piring semalam untuk memastikan terdapat cenderamata diraja yang cukup pada upacara nanti.

    Apabila Charles ditabalkan di Westminster Abbey, London pada 6 Mei, upacara itu akan menjadi majlis pertabalan pertama UK sejak bondanya, Ratu Elizabeth II, menjalani ritual yang sama 70 tahun lalu. Beliau mewarisi takhta apabila Elizabeth mangkat pada September.

    Duchess China mula mengeluarkan pinggan mangkuk tembikar pada 1888. Cenderamata tembikarnya memaparkan bendera Union Jack berwarna merah, putih dan biru, dan datang dengan lambang perkataan ‘God Save the King.’

    Pengeluar itu berkata corak tersebut diinspirasikan oleh tembikar yang dihasilkan pada 1930 untuk majlis pertabalan Raja George VI, datuk Charles.

    “Kami menerima tempahan dari negara sejauh New Zealand dan Amerika. Ia benar-benar berita menggembirakan melihat keluarga diraja disukai di negara berlainan,” kata Jason Simms, pengarah urusan syarikat. – AP

    Tukang sepuh Nicola Gildchrist melukis cawan teh di kilang Duchess China 1888 di Stoke-on-Trent, England pada 30 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...