Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cengkerik untuk bekalan protein yang tinggi

    WILLISTON – Ideologi ini mungkin salah satu teknik masa depan dalam mempelbagaikan lagi bidang pertanian dan agro malah berkemungkinan besar, anda tidak akan dapat melihat lagi ladang-ladang besar yang menternak pelbagai jenis haiwan dan sayur-sayuran. Hanya dengan berbekalkan beberapa kotak isi serangga cengkerik sudah cukup untuk membekalkan protein yang tinggi pada masa hadapan.

    Bidang pertanian ini semakin berkembang maju dan dijalankan oleh beberapa orang peladang malah menganggapnya sebagai satu ekologi berbanding daging namun masih mampu membuatkan orang ramai merasa geli dan pelik.

    Salah seorang pelanggan berkata bahawa perkara ini sebenarnya berada jauh di sebalik fikiran kita dan sebenarnya memakan serangga memberikan banyak manfaat kepada kita. “Kita tidak semestinya memaksa seseorang untuk memakan serangga dan apa yang penting ialah pendidikan. Jika dilihat, semakin rendah peratus orang ramai menggunakan serangga terhadap diet pemakanan mereka, berkemungkinan besar kita semua dalam bahaya malah memberi kesan kepada persekitaran kita,” kata Robert Nathan Allen, pengasas dan pengarah sebuah ladang, Little Herds. Robert juga merupakan salah seorang petani yang mempromosikan usaha pemakanan serangga untuk keperluan manusia dan juga haiwan.

    Sebanyak satu peratus daripada penduduk Amerika Syarikat mengamalkan makanan serangga cengkerik diikuti dengan meminum air kosong. Situasi ini sebenarnya memberikan kesan yang baik dalam persekitaran malah meningkatkan lagi pengeluaran gas rumah hijau dan menyeimbangkan gas dari mesin dan juga haiwan-haiwan.

    Sekurang-kurangnya satu penyelidikan telah dibuat dalam mendalami lagi situasi ini dan hasil dapatan, menemui bahawa belalang sangat tinggi kandungan proteinnya malah belalang berpotensi untuk menggantikan daging. Secara umumnya, memelihara dan menternak belalang adalah lebih baik berbanding menternak lembu dan kerbau.

    Sebanyak satu peratus daripada penduduk Amerika Syarikat mengamalkan makanan serangga cengkerik. – AP Sebanyak satu peratus daripada penduduk Amerika Syarikat mengamalkan makanan serangga cengkerik. – AP
    Sebanyak satu peratus daripada penduduk Amerika Syarikat mengamalkan makanan serangga cengkerik. – AP Sebanyak satu peratus daripada penduduk Amerika Syarikat mengamalkan makanan serangga cengkerik. – AP
    Serangga yang mengandungi protein ini boleh dikisar untuk dijadikan serbuk malah boleh ditambah dalam masakan sama ada ianya digoreng, disalai dan juga diperap dengan pelbagai jenis rempah. – AP
    Serangga yang mengandungi protein ini boleh dikisar untuk dijadikan serbuk malah boleh ditambah dalam masakan sama ada ianya digoreng, disalai dan juga diperap dengan pelbagai jenis rempah. – AP

    Dalam proses memakan serangga merupakan satu perkara yang pernah dibangkitkan dalam ideologi entomophagy dan pernah dibangkitkan dalam satu laporan pada tahun 2013 dari ‘The Food and Agriculture Organization’, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mana menyatakan bahawa serangga sebenarnya berpotensi untuk menangani masalah kebuluran dan kelaparan.

    Semenjak itu, beberapa organisasi dalam memproses makanan telah memasukkan serangga dalam senarai pemakanan mereka. “Perkembangan pertanian dalam pemeliharaan serangga belalang semakin meningkat di Amerika Syarikat,” tambah Allen lagi kepada wartawan AP.

    Serangga yang mengandungi protein ini boleh dikisar untuk dijadikan serbuk malah boleh ditambah dalam masakan sama ada ianya digoreng, disalai dan juga diperap dengan pelbagai jenis rempah.

    Bagi sesetengah penggemar memakan cengkerik seperti memakan sebiji kacang dan mempunyai rasa yang sangat sedap jika digabungkan lagi dengan beberapa perasa di dalam satu protein bar. Salah seorang pengusaha protein bar dari cengkerik, Matthew Monroe yang mempunyai sebuah ladang di Portland, Oregon berkata bahawa dirinya telah menemui satu resipi baru dengan menggabungkan bahan cengkerik dengan vanila dan beri sekali gus menghasilkan Vanila Beri Exo Bar. “Rasa protein bar ini lebih enak daripada protein bar yang biasa,” tambah Matthew kepada wartawan AP.

    Tidak dilarang dan tidak menyalahi undang-undang

    Di Amerika Syarikat, menjual dan menghasilkan beberapa produk daripada cengkerik adalah tidak menyalahi undang-undang selagi para pengusaha dapat memastikan jaminan yang baik terhadap kualiti makanan yang telah dihasilkan dan selamat untuk dipasarkan di pasaran tempatan.

    Para pengusaha juga dikehendaki untuk mematuhi protokol yang telah disarankan bagi memastikan pengeluaran yang berkualiti. Bagi sesetengah penternak, memelihara dan menjaga cengkerik tidak susah namun sangat kompleks.

    Salah seorang pengusaha bahan cengkerik dari Tomorrow’s Harvest, Stephen Swanson sering kali memeriksa keadaan air, makanan, suhu, aliran air dan juga kelembapan setiap bilik kilang di bawah tanah di mana beliau menghasilkan jutaan ekor cengkerik untuk dijadikan sumber makanan dunia sekarang ini.

    Di Amerika Syarikat, menjual dan menghasilkan beberapa produk daripada cengkerik adalah tidak menyalahi undang-undang selagi para pengusaha dapat memastikan  jaminan yang  baik terhadap kualiti makanan yang telah dihasilkan. – AP
    Di Amerika Syarikat, menjual dan menghasilkan beberapa produk daripada cengkerik adalah tidak menyalahi undang-undang selagi para pengusaha dapat memastikan jaminan yang baik terhadap kualiti makanan yang telah dihasilkan. – AP

    Swanson mula menjual produk makanan daripada bahan cengkerik secara oline dan sejak itu, beliau menanamkan hasrat untuk memperkembangkan lagi perusahaan beliau dan berharap untuk mendapatkan sebuah kilang satu hari nanti.

    “Ruang angkasa juga mempunyai had malah kita sebenarnya berada di zaman batu apatah lagi ladang serangga yang semakin meningkat oleh itu, kita harus memandang lebih tinggi ke atas berbanding memandang ke bawah,” tambah Swanson lagi kepada wartawan AP.

    Manakala, pengusaha pertama dalam menghasilkan bahan dari cengkerik ialah Kevin Bachhuber. Beliau mula membuka sebuah ladang cengkerik pertama di Amerika Syarikat untuk keperluan makanan manusia di Youngstown, Ohio. Perusahaan itu telah dimulakan dengan begitu baik namun disebabkan keperluan air yang sentiasa menimbulkan isu, beliau telah menutup perusahaan itu.

    “Sekarang Bachhuber telah membantu beberapa orang petani dalam memperkembangkan lagi proses memelihara cengkerik termasuk memberikan kemudahan kepada penjaga haiwan dalam memberikan makan haiwan reptilia mereka dan umpan ikan bagi para pemancing,” tambah Allen lagi kepada wartawan AP.

    “Untuk beberapa tahun yang lalu, kami sentiasa bergelut untuk mendapatkan bekalan air yang mencukupi namun kini, kami telah mula untuk memperluaskan lagi kawasan ladang peliharaan kami dan menjadikannya sebagai sumber gantian kami dalam mendapatkan sumber air yang mencukupi. Oleh itu, ia tidak memberikan kesan tekanan yang tinggi buat kami semua,” kata Bachhuber kepada wartawan.

    Sidang pertama Amerika Syarikat dalam memfokuskan serangga sebagai sumber makanan akan diadakan di Detroit, Michigan pada bulan Mei, 2017 nanti.

    Sekarang, bidang baru dalam pertanian ini semakin berkembang tinggi dan dilakukan penyelidikan yang lebih mendalam malah bidang ini diterapkan dalam bidang pendidikan di negara tersebut. “Anda jangan hanya memperkatakan makan cengkerik, malah anda dikehendaki untuk bertanya kenapa perlu untuk memakan cengkerik?,” tambah Swanson mengakhiri temu ramah bersama dengan wartawan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda