CEO Barclays letak jawatan

LONDON, 1 NOV – Bank Britain, Barclays hari ini berkata ketua eksekutif, Jes Staley telah meletak jawatan menjelang pertikaian hasil siasatan United Kingdom (UK) berhubung kaitan pesalah seks yang disabit bersalah, Jeffrey Epstein.

Barclays yang telah menyokong Staley semasa siasatan, menambah dalam satu kenyataan bahawa kesimpulan awal ‘tidak ada menemukan Staley melihat, atau menyedari, mengenai mana-mana tuduhan jenayah Epstein’.

Bank itu menambah Staley telah digantikan serta-merta oleh ketua pasaran globalnya, C.S. Venkatakrishnan.

Kenyataan menambah, Barclays dan Staley dimaklumkan mengenai kesimpulan awal daripada siasatan yang dijalankan oleh pemerhati kewangan Britain.

“Memandangkan kesimpulannya, dan hasrat Staley untuk mempertikaikannya, lembaga dan Staley telah bersetuju yang dia akan meletak jawatan daripada peranannya sebagai ketua eksekutif kumpulan itu dan sebagai pengarah Barclays,” kata bank tersebut.

“Ia seharusnya dimaklumi bahawa siasatan tidak menemukan Staley telah menyaksikan atau menyedari, mana-mana tuduhan jenayah Epstein, yang menjadi persoalan utama dalam mengukuhkan sokongan Barclays buat Staley susulan penangkapan Epstein pada musim panas 2019,” tambahnya.

Barclays berkata ia amat ‘kecewa’ dengan hasil keputusan itu, menambah yang ‘Staley telah menjalankan kumpulan Barclays dengan jayanya sejak Disember 2015 dengan komitmen dan kemahiran sebenar’.

Bank itu berkata Staley layak diberikan notis 12 bulan dana akan terus menerima wang tunai tahunan serta gaji saham berjumlah AS$3.3 juta bersama pencen dan faedah lainnya.

Dia juga layak mendapat kos repatriasi ke negara asalnya di Amerika Syarikat (AS). – AFP

Gambar fail yang diambil pada 11 Januari 2018 menunjukkan Jes Staley semasa menghadiri mesyuarat di Downing Street, London. – AFP