CEO Garuda dipecat seludup Harley

JAKARTA, 5 DIS – CEO syarikat penerbangan Indonesia Garuda akan dipecat kerana didakwa menyeludup sebuah motosikal Harley Davidson ke dalam negara dan menggunakan nama pegawai bawahan pada dokumen import untuk mengelak dikesan, kata seorang menteri hari ini.

Menteri perusahaan Erick Thohir berkata ketua syarikat penerbangan Ari Ashkara didakwa membawa bahagian motosikal yang belum dipasang dalam sebuah kapal terbang dari Perancis bulan lalu.

Ashkara dituduh menyembunyi bahagian motosikal dalam kontena dengan tag tanda nama salah seorang pegawainya, kata Thohir.

Penyeludupan itu bertujuan mengelak mengisytiharkan motosikal berharga 800 juta rupiah kepada kastam, tambah beliau.

“Sebagai menteri perusahan, saya akan pecat CEO Garuda,” beritahu Thohir, bekas pemilik kelab bola sepak Inter Milan, kepada wartawan di Jakarta hari ini.

Garuda tidak membalas permintaan untuk memberi komen. – AFP