CEO General Electric meninggal dunia

NEW YORK, 3 MAC – Jack Welch, yang berjaya menjadikan General Electric (GE) sebagai sebuah industri global dan menjadi ahli perniagaan Amerika Syarikat yang dikenali, meninggal dunia pada umur 84 tahun, menurut syarikat tersebut.

Diberi gelaran ‘Pengurus untuk abad ini’, oleh Majalah Fortune pada tahun 1999, Welch menukar GE kepada konglomerat meluas semasa dua dekad beliau menjadi ketua eksekutif.

“Hari ini merupakan hari yang sedih untuk seluruh keluarga GE. Jack lebih besar dari kehidupan dan hati GE untuk separuh abad. Beliau mengubah syarikat ini menjadi sebuah perniagaan dunia,” menurut ketua syarikat, Larry Culp dalam e-mel beliau. Welch merupakan anak kepada pekerja kereta api, dan beliau meningkat dari kelas pekerja dan kemudian menjadikan GE bukan sahaja dari barangan perkakas rumah, perubatan dan aeronautik, malah menjadi kewangan kapital GE dan media menerusi NBCUniversal.

Keuntungan syarikat berkembang dari AS$12 bilion apabila beliau mengambil alih pada tahun 1981 kepada $410 bilion apabila beliau meninggalkan syarikat tersebut, Sementara itu Presiden Donald Trump turut memberikan penghormatan buat Welch

“Tidak ada ketua korporat seperti ‘neutron’ Jack,” umum Trump melalui Twitter. “Beliau adalah kawan dan penyokong saya. Kami melakukan beberapa perniagaan yang berjaya. Beliau tidak akan dilupakan,” tambah Trump.- AFP

Jack Welch digelar ‘Pengurus untuk abad ini’ telah meninggal dunia dalam usia 84 tahun. – AP