Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    CEO Toshiba letak jawatan

    TOKYO, 1 MAC – Ketua pegawai eksekutif Toshiba meletak jawatan hari ini, kata konglomerat Jepun itu, menambah ketidakpastian baharu selepas menyemak semula rancangan untuk memecah perniagaannya dan hanya beberapa minggu sebelum pemilihan pemegang saham utama.

    Satoshi Tsunakawa telah menjadi ketua eksekutif kurang daripada setahun di syarikat teknologi dan perindustrian tersebut, yang telah mengalami krisis dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

    Perletakan jawatan itu terjadi menjelang undian pemegang saham yang akan diadakan pada 24 Mac mengenai rancangan Toshiba untuk menukar unit perantinya dan menjual perniagaan ‘bukan teras’ termasuk Toshiba Tech.

    Cadangan itu adalah semakan semula yang lebih awal untuk berpecah kepada tiga syarikat, yang mendapat respons yang berlainan, tetapi peletakan jawatan Tsunakawa boleh mencetuskan penimbangan semula mengenai rancangan itu.

    Toshiba berkata ketua pegawai eksekutif baharunya, Taro Shimada akan ‘memimpin syarikat yang akan menjalankan perniagaan tenaga dan infrastruktur’ selepas segmen peranti elektronik dipisahkan dalam resolusi mengikat untuk diundi pada 2023.

    Tsunakawa akan terus berkhidmat sebagai pengerusi sementara lembaga pengarah, kata Toshiba dalam satu kenyataan.

    Konglomerat yang berkembang luas itu bermula sejak 1875 dan pernah menjadi simbol kuasa teknologi dan ekonomi Jepun yang maju, tetapi ia telah bergelut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Setelah mengalami pemulihan selepas beberapa siri skandal dan masalah kewangan pada 2010an, ia kembali ke niaga hadapan Bursa Saham Tokyo tahun lepas. – AFP

    Satoshi Tsunakawa meletak jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif, hanya beberapa minggu sebelum undian pemegang saham utama diadakan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...