Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    CEO Uber Vietnam letak jawatan

    HANOI, 5 Okt – Uber Vietnam mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dang Viet Dung meletak jawatan berkuatkuasa 1 Oktober, selepas tiga tahun menerajui syarikat perkhidmatan itu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

    Bagaimanapun, sebab peletakkan jawatan Dung dan sama ada pengganti telah dipilih, tidak didedahkan, selain itu syarikat akan beroperasi seperti biasa.

    Dung melepaskan jawatannya di tengah Uber bergelut pelbagai cabaran termasuk kawalan cukai yang ketat oleh pihak berwajib dan persaingan sengit.

    Uber Vietnam yang dilaporkan mempunyai empat juta pengguna, seringkali menerima aduan daripada pengguna dan bantahan daripada pemandu berikutan keputusan meningkatkan kos pengangkutan dari 7,000 VND (AS$0.3) kepada 8,500 VND untuk setiap kilometer, mulai Ogos.

    Jumlah kutipan pemandu juga dinaikkan daripada 20 peratus kepada 25 peratus.

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dang Viet Dung melepaskan jawatannya di tengah Uber bergelut pelbagai cabaran termasuk kawalan cukai yang ketat oleh pihak berwajib dan persaingan sengit. – AFP

    Pada September, Jabatan Hasil bandar raya Ho Chi Minh memutuskan untuk mengutip 67 bilion VND menerusi tunggakan cukai Uber Vietnam, sekaligus mencetuskan khabar angin Uber akan menghentikan operasinya di Vietnam.

    Bagaimanapun, pihak pengurusan syarikat menafikan khabar angin berkenaan.

    Perkhidmatan Uber di Vietnam termasuk UberX, Uber SUV, UberBlack, uberMoto dan uberDelivery.

    Uber mula diperkenalkan di Vietnam bersama Grab yang berpangkalan diMalaysia, menerima pembiayaan daripada SoftBank Group Corp dan penyedia pengangkutan utama China, Didi Chuxing. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda