CEO WPP undur diri

LONDON, 15 April – Martin Sorrell kelmarin meletak jawatan sebagai ketua eksekutif WPP, sebuah agensi pengiklanan terbesar di dunia susulan pertuduhan menyalahgunakan aset syarikat.

Sorrell, pengasas pengiklanan gergasi Britain itu berkecimpung dalam syarikat itu selama 30 tahun dan meletak jawatan kurang dari beberapa bulan selepas syarikat itu melancarkan siasatan bebas ke atas pertuduhan itu.

Menurut WPP, siasatan sudah selesai dan menambah pertuduhan itu tidak termasuk jumlah yang berbentuk material.

Sementara itu Sorrell dalam satu kenyataan berkata dia bersedih untuk pergi tambahan lagi WPP merupakan semangatnya dan telah menumpukannya hampir tiga dekad.

“Sementara saya melihat ke depan, saya melihat gangguan pada masa ini telah meletakkan tekanan yang tidak sepatutnya ke atas perniagaan ini, lebih daripada 200,000 dan 500,000 atau tanggungannya dan pelanggan yang telah bersama kami di 112 buah negara,” katanya.

Gambar fail 21 November 2016 menunjukkan Martin Sorella berucap di persidangan tahunan Konfederasi Industri Britain (CBI) . Martin Sorrell meletak jawatan petang kelmarin sebagai ketua Eksekutif WPP susulan tuduhan tindakan salah laku dan dituduh menyalahgunakan aset syarikat. – AP

“Itu adalah sebab kenapa saya membuat keputusan yang mengutamakan anda dan para pelanggan serta seluruh pemilik saham, kecil atau besar dan pihak berkepentingan, ia adalah langkah terbaik saya untuk mengundur diri.”

WPP berkata Sorrell dikira sebagai bersara di mana pengerusi Roberto Quarta akan menjadi pengerusi eksekutif sehingga ketua eksekutif baharu dilantik.

Bagaimanapun, Sorrell menafikan segala kesalahan selepas berdepan dengan tuduhan itu awal bulan ini tetapi dia mengambil maklum bahawa syarikat itu perlu menyiasat perkara itu.

Sorrell telah mendapat tumpuan beberapa tahun kebelakangan mengenai perolehan yang agak besar semasa kumpulan pengiklanan itu bergelut dengan persaingan hebat daripada Google atau Facebook.

Dia menerima pangkat sateria daripada Queen Elizabeth II pada 2000. – AFP