Ceramah agama PPDB semarak Maulidur Rasul

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Dalam memperingati dan menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul sebagai tanda mengingati hari kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini telah mengadakan majlis ceramah agama.

Majlis secara dalam talian anjuran Badan Ugama Islam (BUI) PPDB itu disertai oleh Pesuruhjaya PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PPDB, Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid; Penguasa Kanan Polis, Haji Azree bin Haji Manaf selaku pengerusi BUI, para pengarah dan timbalan pengarah jabatan, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai kanan serta anggota dan warga kakitangan awam PPDB.

Ceramah bertajuk ‘Akhlak-akhlak Nabi Muhammad SAW’ telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) iaitu Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Haji Sammali bin Haji Adam.

Haji Sammali diundang untuk menyampaikan ceramah pada majlis sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW secara maya itu. – Gambar serahan PPDB