Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ceramah bakal kupas sejarah menarik borneo

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Pusat Pengkajian Borneo (PenBORNEO) akan mengadakan Program Ceramah Sejarah Borneo ke-10 pada 26 dan 28 November ini secara hibrid, di pusat berkenaan dan dalam talian melalui aplikasi Zoom.

    Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong juga selaku Pengetua Pusat Sejarah Brunei berkata, tujuh penceramah iaitu tiga dari Brunei, dua dari Sarawak, seorang dari Sabah dan seorang dari Kalimantan akan menyampaikan ceramah dengan tajuk-tajuk sejarah yang begitu menarik.

    Selain itu, program berkenaan juga akan melibatkan penyelidik-penyelidik sejarah dalam kalangan belia, tambah beliau semasa mempengerusikan sidang media, hari ini.

    Dengan tema ‘Sejarah Masa Silam Pemangkin Belia Masa Depan’, ceramah berkenaan bertujuan sebagai penambahbaikan pembangunan koleksi bahan rujukan sejarah di PenBORNEO selain mempromosi pusat berkenaan sebagai sumber rujukan sejarah dan menggalakkan penggunaan sumber sejarah sebagai bahan rujukan.

    Ia juga memberi kesempatan kepada penceramah untuk berkongsi dalam menyampaikan maklumat bersifat informasi serta dapat menjelaskan perkara yang penting dan mudah difahami.

    Dr Muhammad Hadi menjelaskan mengenai program ceramah yang akan diadakan semasa sidang media, kelmarin.

    Ceramah juga memberikan wawasan yang luas daripada sumber lain kerana penceramah dapat menjelaskan tajuk dengan mengaitkannya dengan kehidupan sehari-hari, dan memberikan kefahaman yang jelas kepada pegawai-pegawai kerajaan dan mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan ilmu sejarah untuk dipelajari dan dibuat kajian mengenainya bagi rujukan orang ramai.

    Program akademik itu merupakan program tahunan Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian PenBORNEO sejak 2015.

    Dalam siri pertama hingga ketujuh, ia dilaksanakan dengan menjemput para pegawai dari jabatan-jabatan di bawah KKBS seperti Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Dewan Bahasa dan Pustaka, Muzium Brunei, balai khazanah, jabatan-jabatan dari kementerian-kementerian yang lain, pengajian-pengajian tinggi, persatuan-persatuan belia, dan peminat-peminat sejarah. 

    Manakala itu, bagi siri kelapan dan kesembilan, program telah dibukakan kepada orang ramai secara dalam talian seperti Zoom, Facebook dan Instagram.

    Pada tahun ini, Bahagian PenBORNEO meneruskan usaha dalam memberigakan Sesi Ceramah@penBORNEO de-ngan penjenamaan baharu iaitu program ‘Ceramah Sejarah Borneo’ sesuai dengan usia program yang mencecah satu dekad.

    Keistimewaan yang terkandung dalam program ceramah berkenaan ialah perkongsian pengalaman dan pengetahuan penceramah yang bersifat informasi serta mudah difahami dan boleh memberikan wawasan yang luas daripada sumber rekod yang terdapat di PenBORNEO melalui pembentangan yang menggunakan dua kaedah penyampaian iaitu secara fizikal dan platform dalam talian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...