Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar serahan TBK
KUALA BELAIT, 25 MEI – Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) terus memberi kesedaran dan pendidikan terhadap perancangan kewangan Islam dan menyediakan kepakaran dalam bidang berkenaan menerusi ceramah Perancangan Kewangan Islam (PKI) yang diadakan di Pejabat Daerah Belait, baru-baru ini.
Ceramah tersebut telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Belait, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua dari Daerah Belait.
Ia merupakan peluang berharga untuk individu mempelajari prinsip dan amalan perancangan kewangan Islam dan sebagai sebuah institusi kewangan yang dipercayai, TBK menawarkan rangkaian komprehensif perlindungan gadai janji dan pembiayaan.
Di samping itu, pelan perlindungan dan simpanan, semuanya direka untuk membantu, mendidik dan melindungi peserta.
Ceramah berkenaan menampilkan pasukan perancang kewangan Islam bertauliah TBK yang mahir dalam menyediakan penyelesaian kewangan tersuai yang selaras dengan prinsip kewangan Islam.
Melalui ceramah itu, TBK berusaha untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada masyarakat tentang amalan kewangan yang bertanggungjawab selaras dengan ajaran Islam.
