Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Ceramah khas hayati kewajipan sembahayang lima waktu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj di peringkat kementerian bagi tahun 1443 Hijrah yang diadakan secara dalam talian. 

    Majlis dikendalikan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan doa khas sebelum diteruskan dengan ceramah khas bertajuk ‘Ke Mana Hatimu Ketika Sembahyang’ yang disampaikan oleh Pegawai Ugama dari Pusat Dakwah Islamiah, Awang Mohd Nasyith bin Superi.

    Majlis ini diadakan adalah untuk memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW serta untuk menghayati kewajipan dan fadilat melaksanakan sembahyang fardu lima waktu.

    Turut menyertai majlis ialah timbalan setiausaha tetap, pemangku timbalan setiausaha tetap KHEDN, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara daripada kalangan penghulu mukim dan ketua kampung, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku tetamu kehormat hadir pada majlis sambutan Israk dan Mikraj yang dianjurkan oleh KHEDN. – Gambar serahan KHEDN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...