Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah Pelaburan VC sokong inovasi keusahawanan

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Bank Baiduri dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Kanada di Negara Brunei Darussalam, hari ini telah mengadakan Ceramah Pelaburan Venture Capital (VC) di Hab Perusahaan Baiduri.

    Acara itu menarik usahawan dari seluruh rangkaian luas Bank Baiduri, Darussalam Enterprise (DARe) dan Shell LiveWIRE Brunei, yang mewakili rangkaian luas industri daripada perkhidmatan, pendidikan dan industri media.

    Ketua Perbankan Perniagaan di Bank Baiduri, Awang Mohd Isa Liew bin Mohd Amin Liew mengesahkan dedikasi bank untuk membina komuniti perniagaan yang berpengetahuan dan menyokong.

    “Di Bank Baiduri, kami komited untuk memperkasakan perniagaan tempatan dengan pandangan dan hubungan yang diperlukan bagi kejayaan mereka. Sesi mengenai VC hari ini adalah salah satu daripada banyak inisiatif di mana kami memudah cara perbincangan yang berharga dan menyediakan platform untuk usahawan berkembang maju,” ujarnya.

    Ceramah menampilkan Tim Peters, pakar terkenal dalam VC dan pelabur, yang berkongsi tentang dunia dinamik pelaburan VC dalam syarikat startup.

    Awang Mohd Isa Liew, PYT Ambra Dickie dan para peserta bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI

    Beliau menekankan kepentingan kepimpinan berwawasan, penyelesaian inovatif dan pemahaman pasaran.

    Perbincangan juga meneroka aspek ganjaran pelaburan VC, termasuk potensi untuk pulangan yang besar dan sokongan bagi inovasi keusahawanan.

    Selain itu, sesi itu menyediakan strategi praktikal untuk perniagaan Brunei yang ingin mengatasi hala-ngan pengembangan pasaran global, dengan contoh dunia sebenar kisah kejayaan tempatan.

    Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie dipetik berkata, “Akses kepada VC dianggap sebagai salah satu pemacu inovasi yang paling penting. Acara hari ini benar-benar menonjolkan minat daripada sektor swasta Kanada dalam menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Brunei yang inovatif dan mencerminkan keutamaan Kanada dalam membangunkan perkongsian perdagangan dan pelaburan yang lebih mendalam di Indo-Pasifik.

    “Kami juga tahu bahawa ratifikasi Brunei baru-baru ini terhadap CPTPP dan Perjanjian Perdagangan Bebas Kanada-ASEAN pada masa hadapan akan menyokong kerjasama masa depan, membolehkan Brunei dan Kanada bekerjasama untuk membangunkan penyelesaian inovatif kepada masalah dunia sambil turut menyokong kemakmuran bersama dan pertumbuhan ekonomi kita,” tambah beliau.

    Selain daripada penyampaian dan perkongsian ilmu, acara itu membantu memupuk persekitaran rangkaian yang dinamik yang membolehkan usahawan Brunei menjalin dan mengukuhkan hubungan yang berharga.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda