Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Ceramah sempena sambutan Israk Mikraj

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH hari ini memperingati peristiwa Israk Mikraj melalui sambutan secara maya yang dianjurkan oleh ahli Jawatankuasa Musala Ar-Raudhah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.

    Sambutan tersebut bertemakan ‘Sembahyangku kerana Allah’ itu diserikan dengan ceramah bertajuk ‘Larangan Mengadu Domba dalam Islam’ yang telah disampaikan oleh da’ie bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) yang juga Pengarah Pentadbiran dan Pengurusan Al-Minhaaj Centre, Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak.

    Hadir pada majlis itu ialah Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar, timbalan-timbalan pengarah, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan SEAMEO VOCTECH.

    Sambutan yang juga bertujuan mengukuhkan silaturahim dan juga aktiviti tahunan warga SEAMEO VOCTECH itu turut diisikan juga dengan bacaan Sayyidul Istighfar beramai-ramai dan ayat-ayat suci Al-Quran.

    Awang Alias bersama hadirin ketika menghadiri sambutan tersebut yang diadakan secara maya. – Gambar serahan SEAMEO VOCTECH

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...