Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ceramah tingkat kemahiran pertanian moden

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan kerjasama Fakulti Pertanian (FP), baru-baru ini telah mengadakan ceramah Agritalk: Enhancing Crop-Soil Interactions for Sustainable Agricultural Efficiency untuk pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta, para belia serta orang ramai yang berminat.

    Turut hadir bagi pihak UNISSA ialah Ketua Program Siswazah FP, Profesor Dr Ahmed Jalal Khan Chowdhury dan Ketua Program Pra-Siswazah FP, Awang Mohd Khairul Hidayatullah bin Haji Basir.

    Menurut UNISSA, pada program tersebut, peserta berpeluang mendengarkan ceramah disampaikan oleh Ketua Pusat Makmal Saintifik Ibnu Sina FP, Profesor Dr Ahmed Osumanu Haruna, selaku fasilitator.

    Antara lain tujuan program adalah untuk memberi bimbingan kepada peladang-peladang dan pihak yang berkenaan dalam hal ehwal pertanian moden, memberi bimbingan ilmu-ilmu praktikal dalam pertanian moden di samping, meningkatkan kemahiran pertanian kepada para peserta.

    Ceramah berkenaan adalah kesinambungan program Agritalk bersiri yang telah diadakan pada Jun lalu.

    Antara yang hadir pada ceramah yang disampaikan oleh Profesor Dr Ahmed Osumanu Haruna. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...