Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Ceramah tingkat kesejahteraan, produktiviti tempat kerja

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Sebagai sebahagian daripada Hari Pelanggan Institut Perkhidmatan Awam (HPIPA) 2023, Bank Baiduri telah mengadakan ceramah yang memfokuskan kepada kesejahteraan organisasi dan pekerja, baru-baru ini.

    Ceramah bertajuk ‘Meningkatkan Kesejahteraan dan Produktiviti Tempat Kerja’ itu diadakan di Dewan An-Najah, Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dengan dihadiri oleh kira-kira 40 orang penjawat awam dari pelbagai kementerian kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

    Hadir mewakili pihak bank daripada Kumpulan Sumber Manusia ialah Timbalan Ketua, Chiam Chin Huei; Ketua Pembangunan Organisasi, Awang Azeem Kamarulzaman; dan Pegawai Perhubungan Pekerja, Haji Mohammad Yazid bin Haji Abdul Ranni.

    Semasa ceramah berkenaan, mereka berkongsi pengalaman tentang bagaimana pihak bank telah memperkenalkan beberapa inisiatif sumber manusia untuk menangani pembangunan organisasi dan penglibatan pekerja.

    Salah satunya ialah inisiatif kesejahteraan pekerja, yang direka untuk menambah baik dan meningkatkan kesedaran tentang bank berkenaan, kesihatan fizikal, mental, kewangan dan rohani pekerja melalui pelbagai aktiviti.

    Dalam pada itu, bank berkenaan baru-baru ini juga menambah unit pembangunan organisasi baharu di bawah bahagian sumber manusia untuk memberi tumpuan kepada mencapai keberkesanan organisasi yang optimum melalui budaya, kemahiran dan keupayaannya.

    Selain itu, bank berkenaan juga melancarkan Akademi Kepimpinan dan Program Mentor Pemimpin Baharu untuk meningkatkan kemahiran para pekerja dan membangunkan keupayaan future-ready dan memupuk budaya pembelajaran dalam organisasi.

    Mereka juga membicarakan tentang bagaimana inisiatif-inisiatif berkenaan juga memberi tumpuan kepada membina budaya syarikat yang kukuh dan positif, dengan tujuan dan nilai yang jelas, selain keperluan yang teguh untuk menyokong kesejahteraan pekerja.

    Aspek-aspek tempat kerja berkenaan semakin diiktiraf sebagai kunci kepada pengekalan bakat dan peningkatan produktiviti.

    Awang Azeem Kamarulzaman ketika menyampaikan perkongsiannya, baru-baru ini. – Gambar serahan Bank Baiduri

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...