Ceriakan lebih 200 ahli PAPDA

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Lebih 200 orang ahli Persatuan Orang-orang Berkerusi Roda dan Orang-orang Cacat Anggota (PAPDA) ikut serta dalam Sukan Ria PAPDA yang berlangsung di Pantai Muara, hari ini.

Sukan ria tahunan itu turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada ahli-ahli keluarga PAPDA, selain diisikan dengan pelbagai aktiviti permainan yang juga boleh disertai oleh ahli-ahlinya.

Menurut Haji Abdul Jalil bin Rashid semasa ditemu bual pada acara itu menjelaskan antara lain objektif sukan berkenaan ialah bagi memberi keceriaan kepada ahli PAPDA sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan ahli PAPDA dan ahli keluarga yang lain.

Dengan adanya acara seumpama ini, beliau seterusnya berharap ia akan dapat membantu memperkukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin seterusnya membangunkan kerjasama dan sokongan yang kuat antara ahli dan keluarga mereka.

Ahli PAPDA semasa menyertai aktiviti dalam sukan ria tersebut.