Ceroboh, dua ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Mahkamah Majistret memerintahkan dua lelaki yang berdepan pertuduhan melakukan pencerobohan jenayah ditahan reman bagi siasatan.

Perintah tahanan reman dibuat Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman terhadap Mohammad Jaidatul Fadillah bin Haris Fadilah, 32, dan Adi Rozeman bin Abdullah, 18, yang didakwa menceroboh premis perniagaan di Kampung Buang Tengkurok di Mukim Lumapas untuk melakukan curi.

Kejadian didakwa berlaku pada awal pagi 5 November 2019.

Kes akan disebut lagi pada 11 November 2019. Pendakwaan dibuat Timalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli.