CESEE berdepan risiko ekonomi lebih tinggi

VIENNA, 8 Nov – Belanjawan Kesatuan Eropah (EU) pasca Brexit, antara lain, boleh meningkatkan risiko ke atas pertumbuhan ekonomi di Eropah Tengah, Timur dan Tenggara (CESEE) bagi tempoh dua tahun akan datang, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sebuah institut penyelidikan pada Rabu.

Pertumbuhan ekonomi di CESEE secara umum adalah positif, bagaimanapun risiko penurunan telah meningkat lebih tinggi tahun ini dan memberikan ancaman yang serius terhadap pertumbuhan di rantau itu, menurut Institut Vienna bagi Pengajian Ekonomi Antarabangsa.

Institut itu meramalkan bahawa pertumbuhan di seluruh rantau CESEE kekal teguh, dan ini mungkin berterusan dalam tempoh ramalan.

Bagaimanapun, pertumbuhan di rantau itu telah melepasi kemuncaknya, dan kadar pengembangan bagi CESEE secara keseluruhan akan menurun pada 2019 dan 2020.

Laporan itu turut menyebut bahawa Inisiatif Jalur dan Jalan China mempunyai implikasi penting untuk CESEE, dan terutamanya bagi Balkan Barat, yang mencadangkan inisiatif bagi membawa peningkatan infrastruktur penting. – Bernama