Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cetus risiko kepada pihak tentera

    SEOUL, Korea Selatan, 16 April – Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence berkata hari ini yang ‘provokasi’ Korea Utara telah menunjukkan risiko yang dihadapi oleh anggota perkhidmatan Korea Selatan dan Amerika, beberapa jam selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang gagal sebelum ketibaan Pence.

    Pence mendarat di Korea Selatan pada permulaan lawatan 10 harinya ke Asia dan terus berdepan dengan cabaran yang dihadapi AS ketika Pyongyang bersiap sedia menyambut ulang tahun mendiang pengasas negara dan meningkatkan keupayaan peluru berpandu dan nuklear rejim berkenaan.

    Sementara Pence menaiki Air Force Two terbang melintasi Laut Bering, peluru berpandu Korea Utara meletup semasa pelancarannya hari ini, kata para pegawai Korea Selatan dan AS, menjadi kegagalan berprofil tinggi yang muncul ketika pengangkutan pesawat udara AS mendekati Semenanjung Korea.

    Selepas tiba di Seoul, timbalan presiden meletakkan kalungan bunga di Seoul National Cementery dan kemudian bersama kakitangan tentera di perkhidmatan gereja Easter di Garison Tentera AS Yongsan.

    Semasa majlis jamuan persahabatan, dia berkata ketegangan di semenanjung Korea telah meletakkan tumpuan jelas mengenai kepentingan misi bersama Korea Selatan dan AS.

    “Provokasi pagi ini adalah dari Utara yang merupakan peringatan terbaru risiko setiap daripada anda hadapi setiap hari dalam mempertahankan kebebasan rakyat Korea Selatan dan pertahanan Amerika di sebahagian dunia ini,” kata Pence, yang diperkenalkan oleh Jeneral Tentera Vincent Brooks, komander AS bagi Tentera Korea.

    “Kesediaan anda untuk melangkah ke hadapan, berkhidmat, dan berdiri teguh tanpa takut, memberi inspirasi kepada negara dan dunia.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda