Wednesday, November 30, 2022
29.4 C
Brunei

-

CFB perkasa program impak sosial

Oleh Nurdiyanah

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya ‘Komuniti untuk Brunei (CFB), telah mempamerkan program dan inisiatif impak sosial mereka, terutamanya yang menyokong perniagaan wanita, kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semasa berlangsungnya Majlis Pelancaran Hab Tenaga Brunei di Dermaga Diraja di ibu negara, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar berkata CFB juga telah menjadi peneraju usaha pemerkasaan wanita, dan bank amat berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh CFB dalam mengetengahkan isu-isu seperti pemerkasaan dan kemapanan golongan wanita.

“Melalui kerja kami dengan komuniti, kami kerap bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai wanita dan vendor wanita di pasaran maya kami di mana 10 daripada 51 NGO yang bekerjasama dengan kami diketuai oleh wanita, dengan sumbangan terkumpul lebih daripada $63,000, manakala 10 vendor teratas di pasaran maya kami secara kolektif telah mencapai jualan hampir $120,000,” ujarnya.

Beliau seterusnya berkata CFB lahir daripada keperluan untuk menyokong perusahaan mikro dan kecil semasa pandemik, di mana sejak itu, mereka telah mengembangkan dan memperluaskan platform untuk menyatukan orang ramai dan bekerjasama ke arah menyokong tujuan sosial dan menguatkan suara golongan yang kurang bernasib baik.

Dari segi kemapanan, selaras dengan Rangka Kerja Kelestarian Kumpulan BIBD, CFB telah secara aktif mendidik, meningkatkan kesedaran dan memupuk dialog penting mengenai kemapanan melalui kempen kelestarian negara, termasuklah anjuran siri Eco-Chats secara maya.

Selain itu, CFB juga secara aktif menyokong Strategi Penanaman Pokok Protokol Hijau di bawah Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei dengan menganjurkan pelbagai aktiviti penanaman pokok aktiviti bersama BIBD dan NGO tempatan.

Terbaharu, CFB memainkan peranan aktif dalam Eco-Festival, yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada aktiviti di bawah Minggu Tindakan Iklim Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022.

Dari segi pendigitalan, CFB mengendalikan pasaran maya untuk perusahaan mikro dan kecil tempatan.

Antara vendor yang telah menyertai platform itu ialah usahawan daripada golongan kurang berkemampuan seperti vendor BIBD SEED dan ahli Konsortium Mualafpreneurs di bawah Pusat Dakwah Islamiah. CFB juga merupakan antara platform yang pertama yang menampilkan beras tempatan Sembada 188 untuk pembelian dalam talian.

Dari segi rangkuman sosial pula, CFB secara aktif bekerjasama dengan NGO tempatan
dan agensi kerajaan untuk menyokong segmen masyarakat yang kurang bernasib baik, antaranya Persatuan Opthamologi Brunei, Kejururawatan dan Penjagaan Kesihatan FERA dan Projek Impian untuk mengumpul dana dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Organisasi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada CFB, dan orang ramai yang ingin menjadi sukarelawan untuk tujuan tertentu boleh melayari di www.communityforbrunei.com untuk maklumat lanjut.

Artikel sebelum iniEnjin Audi untuk Sauber
Artikel seterusnyaWawa tak perasan dedah aurat
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -