Wednesday, March 22, 2023
23.4 C
Brunei

-

CfBT anjur Hari Pembelajaran

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Sempena meraikan pembukaan semula bilik darjah dan fasiliti ujian baharu, CfBT telah mengadakan Hari Pembelajaran dan Pembangunan di ibu pejabatnya di Kiarong hari ini.

Ketua Latihan dan Pembelajaran CfBT, Rob Tunnell menjelaskan tentang trend dan perubahan yang memberi kesan kepada dunia pembelajaran dan pembangunan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam perkara ini, beliau meminta pemimpin HR yang dijemput khas untuk berkongsi idea dan pandangan dalam bengkel yang direka bagi memberi peluang kepada mereka yang bekerja dalam L&D untuk meneroka penyelesaian di mana saja ketika negara dan perniagaan pulih daripada COVID.

Sementara itu, Dr Louise Pagden mengongsikan beberapa cabaran yang dihadapi sistem pendidikan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun lalu.

Berdasarkan pengalamannya mengetuai jabatan pendidikan di universiti UK, beliau telah meninjau kesan penutupan sekolah dan peralihan pembelajaran dalam talian serta memfokuskan kepada pelajar yang paling terjejas.

Nur Azizah dan Dr Sheikh Lukman semasa melancarkan pejabat berwajah baharu pada majlis yang berlangsung di ibu pejabat CfBT, kelmarin.
Antara yang hadir pada acara anjuran CfBT kelmarin.

Selain itu, beliau juga membincangkan pendekatan berasaskan bukti untuk menangani cabaran, dan menggambarkannya dengan kajian kes guru CfBT yang menghadapi kehilangan pembelajaran dan menanganinya menggunakan pendekatan yang inovatif dan praktikal.

Beliau turut menggariskan kepentingan pengajaran berkualiti tinggi dan sebagai profesional pendidikan, memastikan sentiasa belajar dan komited kepada pendekatan kolaboratif untuk menangani beberapa cabaran utama yang dihadapi anak-anak kita.

Terdahulu itu, pelancaran pejabat berwajah baharu itu dilancarkan oleh tetamu khas majlis, Pengarah CfBT, Nur Azizah Ahmad, Haji Suleiman Haji Ahai dan Pengarah Sekolah-sekolah, Dr Sheikh Lukman S A Hamid. Turut hadir menyaksikan pelancaran ialah CfBT Brunei Country Manager, Dominic Morley.

Acara sehari itu berakhir dengan penyampaian sijil CELTA kepada graduan sesi 2021.

Mereka ialah Ainan Husnaa, Chris Byrnes, Jessica Tieng, Tom Smith, Matt Venn, Ainan Syafeeqah, Fabienne Claude, Evan Cross dan Nur Izzatul Ikmal.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -