Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Haji Mohd Rozlan bin Mohd Unus dan Fairul Rizal bin Hashim berjaya menaikkan nama negara selepas masing-masing meraih satu pingat perak dalam Pertandingan 2017 ISKA K1 dan MMA Borneo Amateur Challenge V yang berlangsung di Wilayah Persekutuan Labuan hujung minggu lalu.
Sementara itu dua lagi atlet negara, Tan Lung Heng dan Azreen bin Abdul Latif, berjaya meraih pingat gangsa di pertandingan yang sama.
Seramai enam orang atlet Chainblock Muay Thai bersama jurulatih dan penolong jurulatih telah mewakili Negara Brunei Darussalam di pertandingan itu.
Rombongan enam orang atlet berkenaan diiringi oleh jurulatih, Shahrin bin Haji Kasim@Matasim dan penolong jurulatih, Shahdon bin Haji Kasim@Matasim.
