Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chainblock Strongest Athlete menyerlah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Pasukan Chainblock Strongest Athlete dari Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini, telah berjaya menempa nama apabila memenangi Cabaran Badang 2018 yang diadakan di Kuala Kangsar, Perak, Malaysia.

    Pengiran Roslannie bin Pengiran Haji Jumat telah dinobatkan sebagai juara dalam Kategori Terbuka, sementara Awang Jufri bin Osman pula berada pada kedudukan kedua dalam Kategori 80 Kilogram Ke Bawah.

    Kejayaan itu juga turut disumbangkan oleh peserta wanita negara, apabila Dayang Ayuni binti Alek Jefferi berjaya menempatkan dirinya di tempat kedua dalam Kategori Wanita Terbuka. Manakala seorang lagi peserta wanita negara, Hajah Siti Raedah binti Dollah pula berjaya menduduki tempat keempat dalam kategori yang sama.

    Dalam Acara Badang Ethnosport Challenge 2018 pula telah dimenangi oleh Awang Muhammad Azhar bin Azman yang sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan pingat.

    Pasukan Chainblock Strongest Athlete semasa meraikan kemenangan mereka baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda