Chandrayaan 2 masuk ke orbit bulan

BANGALORE, INDIA, 20 OGOS – Kapal angkasa Chandrayaan 2 India memasuki orbit bulan hari ini, melaksanakan penerokaan paling rumit dalam misi bersejarahnya ke Bulan.

Selepas empat bulan di ruang angkasa, kapal itu menyelesaikan pemasukan orbit bulan seperti dirancang, kata Organisasi Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) dalam satu kenyataan. Kemasukan itu ‘sepenuhnya berjaya hari ini pada jam 0902 IST seperti dirancang, menggunakan sistem pendorongan di dalamnya.

“Tempoh penerokaan itu dilakukan selama 1738 saat,” kata agensi berkenaan. – AFP