PARIS, 15 DIS – Jenama fesyen mewah, Chanel telah menamakan Leena Nair, seorang tokoh daripada luar industri dari India dan merupakan eksekutif yang lama berkhidmat untuk Unilever, sebagai ketua pegawai eksekutif yang baharu.
Nair berkata melalui Twitter bahawa dia ‘merasa rendah hati untuk dilantik sebagai CEO global Chanel, sebuah syarikat yang ikonik dan dikagumi’.
Berita tersebut menjadi bualan di India, tempat kelahiran Nair, hari ini, di mana dia menerima banyak ucapan tahniah atas pelantikannya, dan seorang daripadanya menggelar Nair sebagai ‘pemecah siling kaca bersiri’.
Sementara Nair, 52, bukan daripada bidang industri fesyen Paris, Chanel mempunyai pelbagai produk selain rekaan fesyennya.
Nair, yang mengetuai bahagian sumber manusia Unilever, akan meletak jawatan daripada tugas itu pada Januari, Pelantikannya dilihat sebagai lambang kebanggaan pemimpin perniagaan India, terutamanya wanita.
Dalam paparan media sosialnya, Nair menyifatkan bekas CEO PepsoCo kelahiran India, Indra Nooyi sebagai sahabat dan mentor.
Syarikat gergasi barangan pengguna Britain, Unilever menganggap Nair sebagai wanita pertama Asia dan ketua pegawai sumber manusia yang paling muda. Dia menyertai Unilever pada 1992 di India dan dinaikkan pangkat tidak lama kemudian. – AP