Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Kedai jam tangan Chang Ein Hong Watch Dealer telah membuka cawangan terbarunya di aras bawah, The Mall, Gadong.
Perasmian cawangan baru berkenaan, hari ini, telah disempurnakan oleh pemilik syarikat berkenaan, Chang Ein Hong di hadapan rakan-rakan kongsi perniagaan, jemputan khas dan juga rakan-rakan.
Ini merupakan cawangan ketiga mereka, selepas Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan dan di The Mall, Gadong, berhampiran dengan cawangan baru mereka.
Namun cawangan kedua mereka yang juga terletak di The Mall, Gadong, ketika ini sedang menjalani pengubahsuaian.


Di cawangan baru berkenaan, mereka menampilkan pelbagai jenama jam premium antaranya Rado, Tag Heuer, Rolex, Luminox, Breitling, Seiko, Tudor, Montblanc, Guess dan Tissot.
Di majlis berkenaan juga, para jemputan telah menikmati jamuan yang telah disediakan di luar kedai jam berkenaan.