Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Kedai jam tangan Chang Ein Hong Watch Dealer, pagi tadi, telah membuka semula cawangan kedua mereka yang terletak di Aras Bawah The Mall, Gadong selepas menjalani pengubahsuaian beberapa bulan lalu.
Perasmian semula cawangan itu telah disempurnakan oleh pemilik syarikat itu, Chang Ein Hong bersama ahli keluarganya dan dihadiri oleh rakan-rakan kongsi perniagaan, jemputan khas dan juga rakan-rakan.
Kedai jam tangan Chang Ein Hong Watch Dealer mempunyai tiga cawangan iaitu dua di The Mall Gadong dan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan,
Bagi cawangan kedua ini, mereka menampilkan tiga jenama jam premium iaitu Rolex, Omega dan Cartier.
Manakala cawangan pertamanya yang hanya bersebalahan dengan cawangan kedua itu menjual jenama jam seperti Rado, Tag Heuer, Rolex, Luminox, Breitling, Seiko, Tudor, Montblanc, Guess dan Tissot.

Menurut salah seorang jurucakap kedai berkenaan, mereka sudah menjadi pembekal jam premium sejak tahun 1957.
Beliau menyatakan bahawa rata-rata pelanggan yang membuat pembelian jam premium ini membelinya bukan sebagai pelaburan malah untuk diguna pakai sebagai aksesori tangan mereka.
Pada majlis berkenaan juga, para jemputan telah menikmati jamuan yang telah disediakan di luar cawangan berkenaan.