Changmin TVXQ berat hati umum perkahwinan

Ahli kumpulan Kpop TVXQ, Shim Changmin bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Changmin atau lebih dikenali sebagai Max Changmin mengesahkan dia sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang wanita menerusi surat kepada peminatnya.

Penyanyi itu turut mendedahkan dia dan teman wanitanya akan berkahwin pada 5 September ini. Pada permulaan surat itu, Changmin mengakui sukar untuk dia berkongsi khabar gembira itu dengan peminatnya.

Namun, Changmin berkata dia perlu bersikap jujur dengan peminatnya yang setia menyokong kariernya.

“Saya rasa berat hati fikirkan tentang berita ini yang akan mengejutkan mahupun mengecewakan segelintir peminat saya yang sentiasa menyokong saya.

“Tetapi, saya merasakan ia tugas saya untuk berkongsi sendiri khabar gembira tentang salah satu peristiwa penting dalam hidup saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, Changmin tidak mendedahkan identiti teman wanitanya. – Agensi

Penyanyi Shim Changmin bakal melangsungkan perkahwinan pada 5 September. – Agensi