Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Chansung bergelar bapa

    Anggota kumpulan 2PM, Hwang Chansung kini bergelar bapa selepas isteri selamat melahirkan anak perempuan pertama, baru-baru ini, menurut wakil agensi, L’July Entertainment.

    “Isteri Hwang Chansung melahirkan anak perempuan, baru-baru ini. Ibu dan anak berada dalam keadaan sihat,” katanya.

    Terdahulu, Disember tahun lalu, Chansung mengumumkan perkahwinan dengan tunangnya menerusi surat bertulis.

    “Semasa merancang berkahwin dengan wanita ini selepas selesai latihan ketenteraan.

    “Hadir keberkatan untuk memulakan kehidupan baharu lebih awal daripada jangkaan.

    “Kami merancang berkahwin seawalnya, tahun depan,” katanya.

    Walaupun pasangan merancang me langsungkan majlis perkahwinan, ia terpaksa ditunda berikutan pandemik COVID.

    Chansung memilih wanita yang lapan tahun lebih tua daripadanya selepas lima tahun menjalinkan hubungan. Chansung juga mendedahkan, tunangnya sedang mengandung anak pertama mereka, tahun lalu.

    Sehingga kini, bintang K-Drama yang popular menerusi drama Suspicious Partner, Vincenzo dan Now, We Are Breaking Up itu tidak pernah mendedahkan identiti dan memperkenalkan isterinya di hadapan khalayak. Chansung memulakan kerjaya pada 2008 sebagai anggota 2PM. – Agensi

    Chansung kini bergelar bapa selepas isteri selamat melahirkan anak perempuan pertama, baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...