Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Chanyeol (EXO) dituduh jadi pembuli jalan raya

-

Pihak pengurusan yang mewakili Chanyeol dari kumpulan EXO menafikan kenyataan seorang wanita yang mendakwa penyanyi tersebut telah bertindak biadab dan menjadi pembuli jalan raya.

SM Entertainment juga dalam satu kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran maklumat palsu tersebut.

“Lelaki seperti dikatakan bukan Chanyeol dan kenderaan yang dinaiki individu dimaksudkan berbeza dengan apa yang dimiliki oleh penyanyi itu.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran maklumat palsu tersebut,” ujar satu kenyataan seperti yang dipetik dari Soompi.

Pada 26 April lalu, tular satu video seorang wanita yang mendedahkan dia diancam oleh seorang pemandu di jalan raya dan mendakwa individu tersebut adalah Chanyeol.

“Pada suatu hari saya menunggang motosikal ke tempat kerja dan ketika itu sebuah kereta import dipandu dalam keadaan berbahaya,” kata wanita itu.

“Saya cuba mengelak kereta tersebut dan kemudian pemandu itu menunjukkan isyarat lucah ke arah saya,” tambahnya lagi.

“Apabila menghampiri kereta tersebut dan bertanya tindakan yang dilakukan itu, saya sedar bahawa lelaki itu adalah seorang penyanyi popular,” jelas wanita tersebut. – Agensi

Chanyeol menafikan kenyataan seorang wanita yang mendakwa dirinya menjadi pembuli jalan raya. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -