Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chapecoense terus melangkah

    CHAPECO, Brazil, 16 Mac – Empat bulan selepas kejadian pesawat terhempas yang memadamkan Chapecoense, kelab dari Brazil itu akan menjadi tuan rumah Copa Libertadores hari ini buat kali pertama dengan satu lagi malam yang penuh emosi.

    Lanus dari Argentina adalah pasukan pelawat ke Arena Conda di bandar kecil selatan Chapeco menentang Chapecoense yang berwajah baru.

    Chapecoense cuba untuk bangkit daripada kesukaran selepas tragedi 28 November lalu apabila pesawat sewa kelab itu kehabisan bahan api dan terhempas di pergunungan di luar Medellin, Colombia, membunuh 71 orang.

    Sekarang, selepas menandatangani 22 pemain baru, Chapecoense buat kali pertama beraksi dalam perlawanan kelab perdana di Amerika Selatan.

    Mereka terikat bagi pendahuluan dalam Kumpulan 7 selepas memenangi perlawanan pertama mereka di gelanggang luar menentang Zulia dari Venezuela minggu lalu.

    Pemain Chapecoense Luiz Antonio (kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan selepas menjaringkan gol menentang Zulia FC dalam aksi Copa Libertadores di Maracaibo, Venezuela pada 7 Mac lalu. – AP
    Pemain Chapecoense Luiz Antonio (kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan selepas menjaringkan gol menentang Zulia FC dalam aksi Copa Libertadores di Maracaibo, Venezuela pada 7 Mac lalu. – AP

    “Ia adalah perlawanan penting hari ini. Kami memerlukan bantuan penuh bandar raya itu kerana kemenangan di laman sendiri langkah penting ke depan,” kata penjaga gol, Artur Moraes, kapten pasukan Chapecoense.

    Terbaru pada 2009 Chapecoense berada dalam divisyen empat liga Brazil.

    Pasukan itu mara ke divisyen pertama pada 2013 dan dalam laluan mereka ke perlawanan terbesar dalam sejarah mereka, persaingan akhir Copa Sudamericana atau perlawanan kelab kedua terbesar Amerika Selatan apabila tragedi itu melanda.

    Pesaing mereka dalam perlawanan itu, Atletico Nacional, menyerahkan gelaran kepada Chapecoense sebagai memberikan penghormatan, yang memastikan kemasukan secara automatik kelab itu ke Copa Libertadores. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda