Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Charles III turut diisytihar ketua negara Australia, NZ

    SYDNEY, 12 SEPT – Selain United Kingdom, Raja Charles III juga secara rasmi diisytiharkan sebagai ketua negara Australia dan New Zealand (NZ).

    Menurut penyiar awam Australia ABC, pengisytiharan di negara itu dibuat oleh Gabenor Jeneral David Hurley, lapor Agensi Anadolu (AA).

    “Berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September lalu, takhta yang sah diserahkan kepada Putera Charles Philip Arthur George,” isytihar Hurley.

    Pengisytiharan itu ditandatangani oleh Hurley dan Perdana Menteri Anthony Albanese.

    Albanese berkata pengisytiharan ketua negara baharu itu merupakan yang pertama dalam hidupnya, dan juga bagi kebanyakan rakyat Australia, “ia adalah peristiwa yang bersejarah.”

    Sementara itu, majlis pengisytiharan berasingan untuk Raja Charles III turut diadakan di ibu kota New Zealand, Wellington, lapor saluran 1 News TV.

    Orang kenamaan yang hadir di parlimen untuk menandakan pengumuman ketua negara baharu termasuk Perdana Menteri Jacinda Ardern dan Gabenor Jeneral Cindy Kiro.

    “Hari ini kami memperingati pemergian Ratu Elizabeth II dan mengiktiraf anakandanya Raja Charles III sebagai ketua negara kami,” kata Ardern. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...