Chase Young menang Anugerah Bronko Nagurski

CHARLOTTE,  CAROLINA UTARA, 10 DIS – Pemain pertahanan Ohio State, Chase Yong memenangi Anugerah Bronko Nagurski yang diberikan kepada pemain pertahan kolej terbaik, semalam.

Young merupakan pemain negara yang paling dominan di bahagian pertahanan untuk musim ini, mencatatkan 161/2 sack dan memaksa enam fumble dalam 10 perlawanan untuk Buckeyes.

Perlawanan terbaiknya hadir semasa menentang Wisconsin ketika dia memiliki empat sack dan dua fumble dalam kemenangan 38-7. – AP