Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Che Ta beraya di banglo baharu

    Keterujaan pelakon jelita, Rozita Che Wan bukan sahaja dapat meraikan Syawal di kampung halaman di Kedah bersama keluarga tersayang, malah, kediaman banglonya juga siap beberapa hari sebelum Ramadan berlabuh.

    Pengubahsuaian kediaman banglo di Kota Damansara, Petaling Jaya yang dibeli empat tahun lalu akhirnya siap selepas menghadapi beberapa masalah apabila kontraktor pembinaan menghilangkan diri selepas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta melabur jutaan ringgit. Malah, penularan pandemik COVID juga menyebabkan kerja pengubahsuaiannya tertangguh.

    “Akhirnya, pengubahsuaian kediaman ini siap selepas empat tahun. Penantian sekian lama juga berakhir. “Cuma, saya merancang pulang menyambut Syawal di kampung halaman di Kedah. Jadi, terpaksa beraya di kediaman baharu selepas pulang berhari raya.

    “Bagaimanapun, saya sudah pindahkan sedikit demi sedikit barang ke kediaman baharu. Lepas beraya nanti barulah pindahkan semua barang,” katanya kepada media.

    Dalam pada itu, saban tahun, jumlah persalinan raya Che Ta sering mencuri perhatian. Malah, kisah itu turut diperdebatkan hingga mengundang kecaman warganet.

    Rozita tetap membataskan banyak perkara memandangkan pandemik COVID belum berakhir, cukup beraya dengan keluarga dan adik-beradik. – Agensi

    Cuma, pelakon drama Kiah Pekasam itu dilihat lebih selesa tidak mendedahkan jumlah persalinan raya, tahun ini.

    “Saya tak nak cakap berapa pasang baju raya, tahun ini. Cakap salah, tak cakap pun salah.

    “Kalau nak kira juga, kenalah intai hantaran gambar dalam di akaun Instagram (IG) ketika musim raya. Bukan namanya Che Ta jika tak penuh IG dengan gambar beraya seisi keluarga.

    “Bagaimanapun, ada sahaja baju raya sebelum ini yang dibawa ke hadapan. Maklumlah, situasi pandemik dua tahun lalu membataskan pergerakan, nak melaram tak boleh sangat,” katanya.

    Kebiasaannya, pemenang Most Inspirational Celebrity, Women Of Excellence Awards ini akan menyiapkan persiapan persalinan baju raya untuknya dan keluarga lebih awal.

    “Buat awal, tak kalut. Jadi, Ramadan boleh fokus dengan amal ibadat. Pendek kata, baju, kain samping, butang baju Melayu anak dan suami sudah disediakan. Pemilihan tema baju raya sudah difikirkan lebih awal lagi.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...