Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Cheetah kembali ke habitat liar di India

    NEW DELHI, 12 MAC – Dua ekor cheetah Namibia yang dipindahkan ke India tahun lalu telah dilepaskan ke habitat liar, selepas lebih tujuh dekad haiwan darat terpantas di dunia diisytiharkan pupus di negara Asia Selatan itu.

    Obaan dan Asha merupakan antara lapan ekor cheetah yang dibawa ke India pada September lalu selepas mahkamah tinggi India memutuskan pada tahun 2020 bahawa spesies itu harus diperkenalkan semula secara eksperimen.

    Program ini merupakan projek prestij utama bagi Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang memimpin pelepasan haiwan tersebut ke dalam kandang selepas ia tiba.

    Manakala 12 ekor lagi kucing besar telah dipindahkan dari Afrika Selatan bulan lalu, dengan India menyasarkan untuk membawa sekitar 100 ekor dalam tempoh satu dekad akan datang.

    Cheetah Asia terakhir yang berkeliaran di sub-benua India dipercayai telah diburu pada tahun 1947 oleh seorang putera India. Kucing belang itu diisytiharkan secara rasmi pupus di India pada tahun 1952.

    Taman Negara Kuno, liar di tengah India, dipilih untuk pemindahan cheetah Afrika, sub-spesies yang berbeza kerana mangsa dan padang rumput yang banyak.

    Pengenalan cheetah Afrika di India merupakan pemindahan antara benua pertama bagi haiwan darat terpantas di dunia.

    Pihak pengkritik telah memberi amaran bahawa haiwan itu mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan habitat India disebabkan persaingan untuk mangsa daripada sejumlah besar harimau belang di taman negara itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...