Chelsea, Arsenal mara ke separuh akhir Piala FA

LONDON, 29 JUN – Chelsea mara ke separuh akhir Piala FA apabila Ross Barkley berjaya menjaring satu-satunya gol kemenangan 1-0 menentang Leicester, sementara Arsenal juga menyertai Chelsea dalam separuh akhir selepas perlawanan yang cukup dramatik dengan kemenangan 2-1 menentang Sheffield United semalam.

Frank Lampard sedang menyasarkan trofi pertamanya bersama Chelsea meskipun memulakan perlawanan yang perlahan di Stadium King Power.

The Blues ketinggalan 1-0 sebelum rehat, tetapi Lampard melakukan perubahan pada separuh masa kedua dan Barkley adalah salah satu daripada tiga pemain yang diturunkan dan menemukan jaringan kemenangan.

“Ini adalah pengalaman untuk saya terus belajar. Saya boleh mengambil peluang lebih banyak,” kata Lampard.

“Mereka akan menjadi pemain terbaik untuk kelab ini dan mempunyai karier yang sangat baik.

Ketua jurulatih Chelsea, Frank Lampard dan Ross Barkley selepas perlawanan bola sepak pusingan keenam Piala FA antara Leicester City dan Chelsea berakhir di Stadium King Power di Leicester, England, semalam. Chelsea berjaya menewaskan Leicester 1-0 dan mara ke separuh akhir. – AP

Tetapi jika saya harus melakukan sesuatu dalam perlawanan, saya akan melakukan juga perubahan itu. “Kami beruntung me-reka tidak mengambil kesempatan itu. Semua pemain gantian mereka berjaya menghidupkan kembali perlawanan.”

Chelsea akan bertemu menentang Manchester United di separuh akhir mengulangi kembali final pada 2018.

“Anda harus menunjukkan semangat untuk menang ketika anda tidak bermain dengan baik. Kami memenangi perlawanan dan mesti belajar daripada beberapa kesilapan,” tambah Lampard setelah pasukannya memenangi perlawanan ketiga berturut-turut sejak bola sepak kembali semula.

Lampard membuat enam perubahan daripada perlawanan kemenangan mereka ke atas Manchester City Khamis lalu.

Christian Pulisic telah menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan Chelsea sejak bola sepak kembali semula dan pemain sayap Amerika Syarikat itu berjaya menewaskan penjaga gawang Leicester, Kasper Schmeichel untuk menjaringkan gol dengan mudah. – AFP