Chelsea benar peminat sertai perjumpaan

LONDON, 5 MEI – Chelsea mengumumkan peminat akan dibenarkan untuk menghadiri perjumpaan ahli-ahli lembaga bermula Julai ini selepas keterlibatan kelab dalam rancangan menyertai Liga Super Eropah menemui kegagalan.

Chelsea merupakan salah sebuah daripada 12 pasukan yang menandatangani untuk menyertai Liga Super, namun menarik diri 48 jam kemudian selepas bantahan dari seluruh peminat bola sepak.

Peminat membantah menjelang pertemuan Chelsea dengan Brighton pada 20 April sebagai bantahan untuk keluar dari kejohanan yang bersifat kontroversi.

Kini The Blues memberi respons untuk menerima kritikan dengan bersetuju memilih tiga penasihat peminat menerusi proses undian.

Mereka akan dibenarkan untuk menghadiri kira-kira empat perjumpaan ahli-ahli lembaga dalam setahun bagi memastikan sentimen peminat umum dipertimbangkan.

“Kelab Bola sepak Chelsea mengumumkan bahawa, bermula 1 Julai, akan adanya kehadiran penyokong pada perjumpaan ahli-ahli lembaga kelab,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

“Kelab akan berunding dengan Forum Peminat dan beberapa kumpulan bukan peminat rasmi untuk membincangkan proses cadangan kelab untuk memilih tiga orang penasihat peminat.” – AFP