Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea berdepan kubu baru Atletico

    MADRID, 26 Sept – Ia mungkin kekurangan dari sentuhan cat tetapi ‘ia kelihatan seperti Circus Maximus’, kata jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone (gambar) dengan bangga mengenai atmosfera yang terhasil di stadium baru kelab itu, Wanda Metropolitano.

    Pembukaan stadium berkapasiti 68,000 itu menandakan hari yang menyeronokkan bagi sebuah kelab yang secara tradisinya hidup dalam bayangan jiran Real Madrid, begitu juga dalam Liga Juara-Juara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Atletico kecundang kepada Real dalam suku akhir, separuh akhir dan dua kali di final dalam empat musim kebelakangan ini, tetapi terdapat rasa optimis bagi Atletico menjelang kunjungan Chelsea ke ibu negara Sepanyol bagi penampilan pertama Liga Juara-Juara di Wanda pagi Khamis ini. “Buat masa ini ia adalah stadium terbaik di Eropah,” kata presiden Atletico, Enrique Cerezo menjelang pembukaan dalam kemenangan 1-0 ke atas Malaga 10 hari lalu.

    Bimbang dengan prestasi Atletico akan merosot disebabkan perpindahan ke stadium baru itu, seperti yang dialami oleh West Ham dan Tottenham Hotspur baru-baru ini, kebimbangan itu terhapus dengan kemenangan berturut-turut ke atas Malaga dan Sevilla.

    “Lebih ramai penyokong menyesuaikan diri dan melibatkan diri mereka dengan stadium,” kata Simeone dengan tahap kebisingan meningkat selepas gol daripada Yannick Carrasco dna Antoine Griezmann membenam Sevilla hujung minggu lalu.

    Sekiranya Atletico akhirnya menjulang Liga Juara-Juara pertama mereka, mengekalkan prestasi sensasi mereka di gelanggang sendiri di bawah Simeone seperti di Calderon adalah penting.

    Dengan 23 perlawanan Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri di bawah kendalian Simeone, Atletico menang 18, tewas sekali dan tanpa bolos sebanyak 18 kali.

    Chelsea merupakan antara pasukan yang pulang tanpa kalah selepas seri 0-0 dalam peringkat separuh akhir, perlawanan pertama antara kedua pasukan pada tahun 2014. Namun Atletico lebih hebat, yang menyaksikan Simeone berlari di tepi garis Stamford Bridge bagi meraikan kemenangan 3-1 buat pasukan Sepanyol itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda