LONDON, 4 OGOS – Terdesak untuk merapatkan jurang dengan Manchester City dan Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea menghabiskan sesi pramusim dengan agresif apabila memburu ramai pemain baharu.
Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel lebih bertanggungjawab ketika bekerjasama dengan pemilik baharu, Todd Boehly dalam merombak skuadnya.
Tanggapan pertama bercampur-baur, dengan Boehly tidak serius untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo sebelum Tuchel mengeluh mengenai prospek mengendalikan bintang Manchester United yang berdepan prestasi tidak menentu.
Raheem Sterling menjadi pemain pertama Chelsea pada era Boehly selepas perpindahan £47.5 juta dari Manchester City, tetapi pemain antarabangsa England itu menjadi satu-satunya tambahan di bahagian serangan.
Tuchel kelihatan bersedia untuk memulakan musim tanpa penyerang semula jadi selepas Romelu Lukaku dihantar semula ke Inter Milan secara pinjaman.
Sebaliknya, tumpuan Chelsea adalah untuk menggantikan pertahanan tezngah apabila kehilangan Antonio Rudiger dan Andreas Christensen, yang masing-masing menyertai Real Madrid dan Barcelona secara percuma.
The Blues membayar £33 untuk Kalidou Koulibaly dari Napoli dan dilaporkan hampir mencapai kesepakatan £50 juta untuk Marc Cucurella dari Brighton.
Tuchel juga semakin kecewa dengan kuartet Cesar Azpilicueta, Marcos Alonso, Timo Werner dan Hakim Ziyech dengan mempersoalkan komitmen mereka dalam pasukan selepas kekalahan 0-4 Chelsea menentang Arsenal dalam pramusim. – AFP