LONDON, 16 Sept – Eden Hazard menjaringkan hatrik ketika Chelsea meneruskan permulaan sempurna di bahawa kendalian Maurizio Sarri untuk menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris bersama kemenangan 4-1 ke atas Cardiff di Stamford Bridge, semalam.
Jaringan pembukaan Sol Bamba mengejutkan skuad kendalian Sarri, namun pemain Belgium itu terlalu hebat buat Cardiff untuk melakar dua jaringan pantas sebelum berakhirnya perlawanan pertama.
Hazard melengkapkan hatriknya menerusi penalti sebelum sepakan tendangan menakjubkan Willian melengkapkan kemenangan tujuh minit sebelum wisel penamat.
Kemenangan itu meletakkan Chelsea dia atas Liverpool berdasarkan perbezaan gol, manakala Cardiff kekal tanpa kemenangan pada musim pertama kembali ke liga utama.
Sarri menjadi pengurus keempat yang memenangi lima perlawanan awal Liga Perdana Inggeris tatkala pengendali dari Itali itu tampak kecewa ketika berada di garisan permainan meskipun tuan rumah ternyata lebih berkualiti berbanding pelawat.
Cardiff hanya mengutip dua mata ketika seri tanpa jaringan, meskipun lebih seorang pemain ketika menentang Newcastle dan Huddersfield sebelum berkunjung ke ibu negara itu.
Namun, mereka sudah menunjukkan ancaman daripada Bamba apabila hampir menanduk masuk dari sepakan penjuru sebelum mendahului.
Bagaimanapun, Chelsea tidak mengendahkan amaran berkenaan ketika sepakan percuma Joe Ralls berhasil setelah ditanduk masuk menerusi Sean Morrison. – AFP