Chelsea gembira Vialli pulih dari kanser

LONDON, 14 APRIL – Chelsea berkata kelmarin Gianluca Vialli telah sembuh dari penyakit kanser merupakan ‘berita menakjubkan’ selepas bekas penyerang mendedahkan dia telah disahkan sembuh dari penyakit tersebut kali kedua.

Vialli, 55, yang turut menguruskan kelab Liga Perdana Inggeris, sembuh dari penyakit kanser pada tahun 2018 sebelum mengumumkan tahun lalu dia sekali lagi bertarung dengan penyakit tersebut.

“Gianluca Vialli telah disahkan sembuh selepas bergelut selama 17 bulan dengan kanser pankreas. Berita yang menakjubkan,” kelab Liga Perdana Inggeris berkata menerusi Twitter.

Bekas penyerang kebangsaan Itali dan Juventus mengumumkan ‘ujian menunjukkan tiada tanda gejala penyakit tersebut’ dalam temu bual bersama dengan akbar Itali, La Repubblica yang diterbitkan kelmarin.

Vialli berkata telah menamatkan dua pusingan kemoterapi, ‘satu dari lapan bulan dan satu lagi dari sembilan bulan’ pada bulan Disember dan kini beliau kembali ‘sihat’.

Chelsea mengumumkan bahawa berita mengenai bekas pengurus mereka, Gianluca Vialli sembuh dari penyakit kanser sebagai satu ‘berita menakjubkan’. – AFP

“Saya merasa gembira, walaupun saya mengatakannya kepada diri saya bahawa saya kini berada di tempat yang selamat,” dia berkata.

“Mengembalikan semula kesihatan saya bermakna melihat diri saya di hadapan cermin semula, melihat rambut saya tumbuh dan tidak perlu melukis kening saya menggunakan pencil. Saya sangat bertuah jika dibandingkan dengan ramai orang.”

Vialli, yang bekerja dengan pasukan kebangsaan Itali sebagai ketua delegasi, berpindah ke Chelsea pada tahun 1996, tidak lama selepas memenangi Liga Juara-juara bersama Juventus.

Dia bermain untuk The Blues sehingga tahun 1999, membantu mereka memenangi piala FA pada tahun 1997 dan dilantik menjadi pengurus/pemain selepas Ruud Gullit dipecat pada tahun 1998.- AFP Vialli membawa Chelsea kemenangan Piala Liga dan Pemenang Piala Eropah tahun itu, memenangi piala FA pada tahun 2000 sebelum dipecat pada musim berikutnya. Dia kemudian menjadi ketua jurulatih untuk pasukan Watford.

Dalam kariernya sebagai pemain dia menjuarai Serie A dan Piala Itali bersama Juventus pada tahun 1995, tetapi di Itali adalah yang paling diingati kerana menjadi sebahagian penyerang yang menyeronokkan ditonton bergandingan dengan Roberto Mancini di Sampdoria, di mana di memenangi kejuaraan liga pada tahun 1991, Piala Pemenang, dan tiga Piala Itali.

Sampdoria hampir memenangi Piala Europah pada tahun 1992, tewas tipis kepada pasukan Johan Cruyff, Barcelona di Wembley. – AFP