Chelsea ikat Marcus Bettinelli

LONDON, 29 JULAI – Chelsea menandatangani penjaga gol, Marcus Bettinelli secara percuma, apabila perkara itu diumumkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan pagi tadi.

Pemain berusia 29 tahun itu meninggalkan Fulham pada hujung musim lalu selepas melakukan lebih 100 penampilan dengan The Cottagers.

Bettinelli bersetuju untuk berada di Stamford Bridge selama dua tahun dan akan bersaing untuk posisi berkenaan dengan Edouard Mendy serta Kepa Arrizabalaga.

“Ia sebuah pasukan yang istimewa. Saya tahu setiap sudut dan ia bagaikan impian menjadi kenyataan apabila bersama kelab ini.

“Terdapat beberapa perbincangan sebelum ini ketika saya masih lagi muda dan ada beberapa sebab saya tidak ke sini lebih awal tapi sekarang saya sudah berada di sini,” kata bekas penjaga gol bawah 21 tahun England itu. – AFP