Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Chelsea jalankan siasatan diskriminasi perkauman

    LONDON, 18 OGOS – Chelsea memulakan siasatan berhubung dakwaan insiden diskriminasi perkauman semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham minggu lalu, menurut kelab tersebut hari ini.

    Penyerang Tottenham, Son Heung-min dilaporkan diejek oleh peminat semasa pemain itu mengambil sepakan penjuru pada separuh masa kedua dalam perlawanan yang terikat seri 2-2 pada Ahad.

    “Jika sudah dikenal pasti, individu tersebut akan berdepan dengan tindakan keras daripada kelab,” menurut kenyataan kelab Chelsea. Chelsea berkata mana-mana tindakan diskriminasi adalah ‘dikutuk’.

    “Chelsea secara konsisten dengan jelas tidak akan bertoleransi terhadap perlakuan diskriminasi,” tambah kenyataan.

    “Namun masih ada segelintir yang bersikap seperti itu dan mengelar diri mereka sebagai ‘peminat’, yang mana ia sangat memalukan Chelsea, jurulatih-jurulatih, pemain, kakitangan kelab dan peminat sejati Chelsea.”– AP

    Chelsea memulakan siasatan berhubung insiden didakwa penderaan perkauman semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham minggu lalu.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...