Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Chelsea juarai Piala Dunia Kelab FIFA

    ABU DHABI, 13 FEB – Jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan memenangi Piala Dunia Kelab sebagai “perasaan yang tiada tandingannya” apabila juara Eropah itu mendapat trofi utama terakhir yang belum dikecapi oleh mereka.

    Kai Havertz mengulangi persembahan hebat dari final Liga Juara-Juara pada Mei, tanpa gentar menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan ketika Chelsea menewaskan Palmeiras 2-1, kelmarin.

    The Blues menjadi kelab Inggeris ketiga yang memenangi pertandingan itu selepas Manchester United dan Liverpool.

    “Mungkin piala ini atau kejohanan ini tidak begitu dipandang tinggi di Eropah, tetapi apabila awda berada di sini dan apabila awda merasakannya, ia benar-benar memukau awda,” kata Tuchel.

    “Awda berada di dalam bas dan awda memandu pada waktu petang dan awda melihat lampu stadium dan awda tidak mengenali pasukan lain kerana mereka bukan berasal dari negara awda, bukan dari liga awda, ia adalah perasaan yang hebat.

    “Dan ia tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana perasaan lain dan itulah sebabnya ia sangat menarik.”

    Kemenangan Chelsea adalah lebih menggembirakan bagi Tuchel, yang hanya tiba di Abu Dhabi Jumaat lalu selepas mengejar masa berikutan ujian positif COVID-19 minggu lalu.

    Dia terpaksa menyerahkan tugasan kepada pembantu, Zsolt Low dan Arno Michels untuk membimbing pasukan semasa ketiadaannya, menggunakan panggilan video untuk terus berhubung dengan pemain dan kakitangan. – AFP

    Reaksi pemain-pemain Chelsea meraikan kemenangan bersama trofi semasa kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab menentang Palmeiras 12 Februari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...