BRIGHTON, ENGLAND, 19 JAN – Memenangi kejuaraan Liga Perdana kelihatan semakin sukar untuk Chelsea saban minggu.
Selepas seri 1-1 di Brighton kelmarin, juara Eropah itu tidak lama lagi mungkin perlu mula melihat situasi tersebut dalam mengejar untuk kelayakan Liga Juara-Juara.
Rekod tanpa kemenangan Chelsea dalam liga berlanjutan kepada empat perlawanan selepas pemain pertahanan Brighton, Adam Webster melakukan tandukan kencang pada minit ke-60 untuk menyamakakan kedudukan selepas gol pembukaan Hakim Ziyech pada minit ke-29.
Brighton bangkit untuk menyamakan kedudukan seri 1-1 dengan Chelsea di Stamford Bridge pada tiga minggu lalu.
Chelsea kekal di tempat ketiga dan 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City yang akan bermain satu lagi perlawanan. Dengan prestasi City, yang menang dalam 12 perlawanan dan baru-baru ini menentang Chelsea pada Sabtu lalu, pasukan juara itu akan mengambil sedikit masa dalam usaha mempertahankan gelaran mereka.

Pasukan di belakang Chelsea mungkin mendapat harapan kembali.
Seperti Arsenal yang berada di tempat kelima, sembilan mata di belakang saingan pasukan London dengan tiga perlawanan dalam genggaman atau kelab London yang lain di Tottenham, yang berada di tempat keenam dan 11 mata di belakang Chelsea tetapi sekarang kekurangan lima perlawanan.
Chelsea telah bermain setiap tiga daripada empat hari sejak cuti rehat antarabangsa yang lalu pada pertengahan bulan November. 18 perlawanan dalam tempoh dua bulan dan pengurusnya, Thomas Tuchel berkata bahawa pemainnya ‘nampak letih’.
“Pada masa ini, sukar untuk bersikap terlalu tegas terhadap pemain kami,” kata Tuchel. “Kami memerlukan beberapa hari cuti. Tiada cara penyelesaian lain.”
Perlawanan Chelsea seterusnya adalaha menentang Tottenham di Stamford Bridge. – AP