Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea kecewa, gagal tangguhkan perlawanan Wolves

    LONDON, 19 DIS – Chelsea berkata mereka ‘sangat kecewa’ selepas Liga Perdana Inggeris (EPL) menolak permintaan mereka untuk menangguhkan perlawanan hari ini menentang Wolves kerana wabak COVID-19 menjejaskan pasukan mereka.

    Skuad bimbingan Thomas Tuchel sudah kehilangan Romelu Lukaku, Timo Werner dan Callum Hudson-Odoi kerana ujian positif COVID-19.

    Kelab Stamford Bridge itu difaham-kan kehilangan lebih ramai pemain untuk ujian positif COVID-19 kelmarin, meninggalkan pasukan Londoners berkunjung ke Wolverhampton dengan skuad sementara.

    Ben Chilwell telah menjalani pe-ngasingan diri kerana ujian positif COVID-19, tetapi telah pun diketepikan kerana masalah lutut.

    Jorginho, Kai Havertz dan Ruben Loftus-Cheek tidak berada di dalam bas pasukan Chelsea semasa tiba di Molineux.

    Tuchel mengakui Chelsea mungkin terdesak untuk memulakan Mateo Kovacic dan N’Golo Kante lebih awal daripada yang dijadualkan berikutan kepulangan pemain-pemain tersebut daripada kecederaan.

    “Kami amat kecewa permohonan kami ditolak kerana kami merasakan kami mempunyai alasan kukuh untuk menangguhkan perlawanan hari ini berdasarkan sebab-sebab kesihatan dan keselamatan pemain,” kata jurucakap Chelsea. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda