Chelsea rampas puncak Liga

LONDON, 3 OKT – Timo Werner melonjakkan Chelsea ke punca Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan jaringan minit akhir pemain Jerman itu dalam kemenangan 3-1 menentang Southampton, kelmarin.

Pasukan Thomas Tuchel menamatkan minggu yang menghampakan dengan kemenangan hasil persembahan Werner dalam minit akhir perlawanan yang dramatik di Stamford Bridge.

Selepas kekalahan 1-0 berturut-turut menentang Manchester City dan Juventus, Chelsea berisiko untuk mencatat satu lagi keputusan yang menghampakan dengan hanya beberapa minit berbaki di barat London.

Trevoh Chalobah berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk Chelsea namun James Ward-Prowse berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Tetapi Ward-Prowse telah diarahkan keluar padang atas kekasaran terhadap Jorginho dan Chelsea ambil kesempatan ini untuk mendahului dalam enam minit terakhir sebelum Ben Chilwell membantu pasukan meraih mata penuh.

Reaksi pemain Chelsea, Ben Chilwell meraikan selepas menjaringkan gol ketiga dalam EPL menentang Southampton di Stamford Bridge kelmarin. – AP

Chelsea mendahului dua mata di hadapan Liverpool yang berada di tempat kedua, dengan pasukan Jurgen Klopp mampu mendapatkan kembali puncak liga jika mereka menang menentang juara Manchester City pada hari ini.

Tuchel berasa lega dapat kembali ke landasan sebelum menuju perlawanan antarabangsa.
“Selepas dua kekalahan, kami perlu berhati-hati untuk tidak merasa sedih ataupun risau,” kata Tuchel.

“Ia sangat penting untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik berbanding dua perlawanan yang lepas, sehingga kami fokuskan minda kami supaya kami tidak takut untuk kalah.

“Ia sangat baik untuk bermain seperti yang telah kami lakukan dan mendapat kemenangan yang sewajarnya.”

Hampa dengan prestasi yang kurang baik semasa menentang Juventus dan kekalahan di tangan City, Tuchel membuat lima perubahan dalam pasukannya yang ‘letih’. – AFP